Pages

Sunday, May 9, 2010

Satu Masa Dulu

Ini kisah aku dengan seorang insan.Aku dan dia sangat akrab.Kami saling berkasih sayang sejak aku kecil lagi.Tiap hari kalau boleh aku ingin sentiasa bersamanya kerana pabila dia berada di sisiku,ku rasa sangat bahagia.Bagai dunia ini ana yg punya!!.Wah..hebat jugak cinta kami.Kalah cinta Romeo and Juliet..ah!! peduli apa aku..

Jika aku mahukan sesuatu,dia pasti cuba tunaikan.Makin hari rasa cinta makin menebal.Dia juga sering menjadi teman dan tempat aku bercerita.Segala sakat dan celotehku di layan sahaja.Dia sering buatku ketawa dan kadang-kadang aku juga menangis kerananya.Namun begitu,tidak sekali aku biarkan dia menangis keranaku.Itu pasti membuatkan diriku tak keruan..

Namun kini,aku dan dia terpaksa berpisah buat sementara waktu kerana pilihanku untuk menyambung pelajaran di luar negara.Aku sangat sedih tapi aku tahu bahawa aku perlu kuat dan menamatkan pengajianku dengan cemerlang kerana dia meletakkan seribu satu harapan di bahuku.Walau kami dipisahkan oleh dua bernua,hubungan dan ikatan antara kami tidak putus.Ia berjalan seperti biasa.Kami saling berhubung.Perasaan rindu tidak dapat lagi dihalang.


*****************

Hari ini merupakan hari yg amat bermakna,aku berada di dalam bilik sedang menaip blog.Aku teringat kenangan aku dan dia satu masa dulu....

"iMa nk pegi rombongan tu boleh tak?" Aku bertanya meminta izin dengan muka selebet yg penuh mengharap..

"Eh,tak boleh lah iMa.dot...dot...je boleh pergi."

Aku tidak puas hati dengan jawapannya.Mengapa dot...dot....boleh pegi tapi aku tak boleh.Apa bezanya.Lantas aku berlari menuju bilik dan menyembamkan mukaku di atas katil.

"iMa,merajuklah tu.Jgnlah merajuk,tak best la camni.Nanti kita pegi tempat lain yer?" Dia cuba memujuk.

Tanpa berfikir panjang,lantas aku menjerit smbil berkata..

"iMa tahulah iMa ni anak tiri,sebab tu ibu tak bagi pegi".


Hilai tawa ibu terus memecah seduan tangisanku.Kakak2ku yg juga berada di situ turut ketawa.


"Bila masa pulaklah ayah kau tu kawin lagi satu".Ibu mematikan tawanya.


haha...kini baru aku memahami kata-kataku.Bila dikenang,nk pecah perut ketawa.Kalau nak kata diri aku ini anak angkat ke,anak pungut ke,boleh lagi lah nak diterima akal.Ada ke pulak aku cakap aku ni anak tiri pada orang yg melahirkan aku.huhu..


Begitulah kisah aku dan ibu.Ibu sentiasa melayan kerenah ank-anknye yg ntah ape2 ntah tanpa jemu.Terima kasih Allah kerana mengurniakan ibu sepertinya.Jasa ibu tidak mampu kubalas walau dengan selautan permata.Ima SAYANG IBU!!







  

Sunday, April 25, 2010


Jemput Datang Pertunanganku



Hakimah Mustajap


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.

Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang hamba-Nya yang lemah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sehebat Saiful Islam yang tidak pernah gentar melangkah memartabatkan perjuangan Islam.

Aku hanya seorang yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah berkhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Abang, siapa tunang abang? Mesti hebat orangnya. cantik tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan abang dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila anta menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti anta akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Wajah sahabahku itu mengukir senyum megah.



"Kalau anta tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Man, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Man diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ayah dan ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, sahabahku bertanya kepada ayah beberapa minggu kemudian...

"Man bertunang dengan siapa, pak cik?"

Ayah tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku…."

"Allahuakbar. .."

Terduduk susuk tubuh itu mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ayah angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Man selalu menangis... Saya tak tahu pak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Man mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Sahabatku masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Man yang diberikan oleh ayah.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ayah akan tenang menghadapinya, kerana baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta.”




* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Thursday, April 15, 2010


Perjalanan Sebelum Perhentian


 When in doubt, let go by Mukh l i s.



Bahang hari ini membuatkan aku rasa nak p makan eskrem kat kedai pak cik senyum.."haish..eskrem sokmo dia,"hati kecil berseloroh.haha..air kat hidung ni pun tak kering lagi mcm knk2 hingusan.nafsu itu ku tolak ketepi..

Bagi aku,apelah yg menarik sgt duduk kat negara arab nih??mkn?shopping?ronggeng??(bak kata bdk2 ganu).huhu..seronoknye semua tu..tapi,apa hakikat aku dtg ke sini??waduh2,pening seh kalau difikirkan...perjalanan yg bakal aku tempuhi selama 5 tahun di negara orang ni baru sahaja bermula beberapa inci.

Byk perkara baru yg aku belajar sejak duduk negara orang nih.OC,VB,EP,NR..haha..bukan yg itulah..mksud aku,perkara yg mngajar aku menjadi seorang insan,hamba,khalifah di bumi ini.Semasa di sekolah dulu,aku sering pertikaikan pelajar2 yg berkeinginan belajar di obersi..

"Ah..buat ape nk blaja jauh2,dlm msia sudey.Nanti tak payah nak jauh2 dari famili"

"Pelajar2...sape nak sambung blaja kat lua negara lps habis spm nanti??"suara cekgu norhizan masih terngiang-ngiang..

"Saya nak blaja kat dlm msia je cekgu."aku bersahaja..

Begitu hebat perancangan Allah..tak pernah terjangkau di fikiran manusia.Manusia merancang,Allah menentukan.Aku tak penah terfikir menjejakkan kaki di bumi syams ini.

Tiap hari yg aku lalui disini penuh dgn tanda tanya.
??????????????????????????????????????????????????

Pertanyaan itulah menjadikn aku seorang pelajar yg belajar.Aku bukan sahaja ingin berjaya sebagai pelajar dentist di sini.Itu bukan satu perhentian yg aku dambakn semata-mata.Tapi perhentian yg diidami oleh setiap hambaNya..Adakah aku bersedia??


Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila janazah itu telah diletakkan (dalam usungan) dan orang-orang lelaki membawanya di atas bahu-bahunya (diangkat ke kubur), maka jikalau janazah itu soleh, ia berkata: Dahulukanlah aku, dahulukanlah aku,"(yakni segerakan ditanam kerana sudah amat rindu pada kerahmatan serta kenikmatan dalam kubur). Tetapi jikalau janazah itu bukan shalih, maka ia pun berkata: Aduhai celakanya tubuhku, ke mana engkau semua membawa tubuhku ini. Suara janazah itu dapat didengar oleh segala benda, melainkan manusia, sebab andaikata ia mendengarnya, tentulah ia akan mati sekali." (Riwayat Bukhari) marilah kita sama2 koreksi diri kita semula..ingatlah.. tiada yang PASTI kecuali MATI..



Manfaatkan perjalanan sebelum perhentian.. 


Wednesday, April 7, 2010

Berikan Sedikit Masa...



"Woit..tidak cukupkah peristiwa itu membuatkan kau...." Tersentak aku dari awang-awangan.Diri rasa terbang melayang.Astaghfirullah...apa kena aku nih.Fikiranku kacau.....

"Ya Rabbi..ampuni daku." Benar!!Aku bukan aku yg dulu.

Peristiwa itu sudah cukup menghilangkan kepercayaanku terhadap.....

"Tak boleh ke awk lupakan kisah tu,"teringat kata seorang sahabatku.Acap kali kucuba,tapi apakan dayaku..Ah!!!Peristiwa itu hinggap lagi di jiwa ini.Membuatkan kurasa diri ini sejahat-jahat manusia.Air mata yg menjadi senjata insan sepertiku sudah kering.Di saat kegelapan itu menyelubungiku,kau hadir bersama rasa cinta yg sememangnya fitrah manusia.Bukan!!Ini bukan tempat dan waktunya..Aku cuba menepis,tidak berdaya kerana aku insan biasa.Hanya mampu mengawalnya kerna ku yakin CINTA terkuat,CINTA ILAHI. 

"Ya Rabbi..ampuni dosa-dosaku..betapa berat perasaan ini."

Masalah jiwa ini tidak pernah selesai..Patutkah aku?Layakkah aku menjadi zaujahmu?Kau terlalu baik utk diriku..Saat ini,biarlah kita sunyi tanpa berita,asal tidak sunyi dari kasihNya. Berikan aku sedikit masa dan ruang utk bersedia....

"Ya Allah yg Maha menyimpulkan 2 hati,Kau leraikanlah dan hilangkanlah perasaan ini.Selagi cinta ini belum halal bagi kami.Hadirkanlah rasa syg ini apabila tiba waktu dan saatnya.Andai benar dialah jodohku,percepatkanlah ikatan yg sah.Andai dia bukan untukku,campakkanlah perasaan ini sejauh bintang di langitMu.."

Amiinn...



Saturday, February 6, 2010

Lepaskn diriku





Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-